Keputusan Natasha Hudson
untuk bertudung bukan atas desakan sesiapa. Itulah yang disuarakan oleh pelakon
serta penyanyi berwajah Pan-Asia ini sebagai kata muktamad terhadap imej
terbarunya ini.
Menurut
Natasha, niatnya untuk bertudung dibuat ketika berada di Tanah Suci Mekah dan
keputusannya itu disambut baik oleh kawan-kawan serta bakal suaminya, Carleed.
Katanya lagi,
dia akan terus melakukan aktiviti nyanyian serta lakonan seperti biasa dan
tidak menganggap pemakaian tudung sebagai satu masalah besar.
“Kalau Yuna
boleh melakukannya, saya juga boleh,” ujar Natasha Hudson dalam nada gembira.
Apa pendapat
anda, cantik kan Natasha Hudson bila bertudung? Sejuk mata memandang.
Foto &
berita: Gua Malaysia