@~PUNCA PERCERAIAN MASIH TIDAK DI KETAHUI~@
Bintang bola sepak negara, Safee Sali, 28, yang baru saja melancarkan komik berjudul Super Safee disahkan baru saja bercerai semalam.
Menurut laporan media, Safee telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Sabrina Yusof di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar, semalam.
Prosiding cerai yang dijalankan secara tertutup ini turut dihadiri oleh peguam dari kedua-dua belah pihak. Punca penceraian pasangan ini masih belum diketahui.
Walau bagaimanapun, peguam syarie Sabrina, Nashuha Abdul Hadi memberitahu bahawa perceraian itu adalah secara baik dan tuntutan perceraian akan diselesaikan atas persetujuan bersama.
Kedua-dua Safee dan Sabrina telah hadir di mahkamah.
Pasangan ini mempunyai dua anak perempuan iaitu Nur Syaza Syaqina berumur tiga tahun dan Nursyasya Safirna berumur satu tahun
Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu masih beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.
P/S : Jika ini jalan terbaik buat keluarga SAFEE dan SABRINA serta anak-anak,mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah terjadi,apa pun juga,semoga suatu hari nanti mereka kembali di satukan di bawah naungan rahmat ALLAH dan bahagia,dan jika tidak semoga masing-masing tetap jangan sesekali mengabaikan kebahagian anak-anak mereka demi masa depan mereka.
No comments:
Post a Comment