Memang unik dan begitu mengejutkan ramai pihak. Memang ini satu kejadian yang tidak disangka-sangka oleh Scha Al Yahya yang mengacarakan program TV, Propaganza. Awal dengan tidak diduga telah melamar Scha dengan sebentuk cincin ketika program TV berkenaan ditayangkan secara langsung.
Terkejut, terharu, dan sungguh romantik, itulah yang dapat diperkatakan apabila menonton rancangan Propaganza yang bersiaran secara langsung di Astro Ria siang tadi. Awal Ashaari dan Scha Alyahya muncul dalam rancangan Propaganza sebagai tetamu jemputan. Dengan tidak disangka tiba-tiba Awal Ashaari melamar kekasihnya Scha untuk dijadikan isterinya.Apa yang menjadi menarik apabila lamaran itu dibuat secara langsung “ON AIR” dengan menghulurkan sebentuk cincin kepada Scha. Dengan perasaan sebak akhirnya Scha menerima lamaran dari Awal Ashaari itu.Selain itu, Awal Ashaari turut menghadiahkan sejambak bunga ros dan patung beruang besar kepada Scha.Tarikah 25 Mac merupakan tarikh keramat bagi pasangan ini kerana tarikh ini adalah tarikh ulang tahun ke-2 percintaan mereka berdua. Setakat ini mereka belum mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dan pada 27 Mac 2012 ini akan diadakan satu sidang media bagi mengumumkan tarikh perkahwinan mereka Romantik tetap romantik, tetapi cara lamaran ini bukan cara lamaran sebenar dalam Islam.
No comments:
Post a Comment