Apakah Kuasa Yang Ada Pada Satu Perkataan ?
Namun yang mengagumkan adalah perkataan ini mempunyai kesan dan kuasa terhadap manusia. Dengan mengubah satu perkataan, anda dapat mengubah maksud dan motivasi perkataan itu kepada diri anda. Sedar tidak sedar, kita bercakap dengan diri sendiri juga dengan perkataan-perkataan ini.
Pernah sekali, saya memberitahu seorang rakan bahawa saya sedang menghadapi “masalah perniagaan”. Kawan ini menegur saya dan mencadangkan saya untuk menggantikan perkataan “masalah” kepada “cabaran”. Setelah saya sebut semula ayat itu, “Saya sedang menghadapi cabaran perniagaan”. Secara tiba-tiba, harapan mula muncul dan otak mula untuk mencari jalan keluar dengan cara yang berbeza dengan sebelum ini. Saya juga merasakan seolah-olah saya mendapat tenaga baru untuk menghadapi CABARAN ini.
Cuba anda kaji perkataan yang anda gunakan sehari-hari. Ada atau tidak perkataan yang membuatkan anda rasa lemah dan tidak bersemangat ? Jika ada, apa perkataan ganti yang anda boleh gunakan ? Satu lagi contoh yang menarik. Jika anda ingin bercakap sesuatu mengenai cita-cita anda, gunakan “apabila” dan bukan “kalau”Katakan anda biasa sebut ayat sebegini: “Kalau aku dapat beli rumah nie, aku nak ajak ibu bapa aku tinggal bersama” berbanding dengan “Apabila aku dapat beli rumah ini, aku nak ajak ibu bapa aku tinggal bersama” Sudah tentu ayat yang kedua memberi anda lebih kepastian dan tenaga berbanding ayat yang pertama.
Jadi, pilih perkataan dalam penggunaan harian anda, supaya perkataan-perkataan ini akan memberi kuasa kepada anda dan bukan perkataan yang boleh menjadikan anda lemah.
No comments:
Post a Comment