Fasha Sandha atau nama penuhnye Nur Fasha Sandha
Hassan telah sah bergelar isteri kepada Jejai atau Rizal Ashram Ramli selepas
dinikahkan di sebuah majlis di Hotel Crowne Plaza Mutiara.
Pasangan ini dinikahkan kira-kira jam 9.45 malam oleh
bapa kandung Fasha Sandha iaitu Hassan Umbichi disaksikan oleh Pendaftar
Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, JAWI. Jejai telah melafazkan
nikah sebanyak dua kali.